Wednesday, March 2, 2011

SITUASI 12

APAKAH TOPIK PERBUALAN MANUSIA APABILA KEBOSANAN?

Pernahkah anda terfikir apa yang anda bincangkan pada sesuatu masa itu logik atau tidak? Senario topik perbualan manusia apabila bosan sering kali menjadi daya penarik kepada saya untuk melihatnya. Hal ini demikian kerana berdasarkan pemerhatian saya, manusia sering berbicara tentang perkara yang tidak logik dan boleh dikatakan tidak terjangka oleh manusia yang sedar. Sebagai contohnya, saya perhatikan manusia akan membicarakan apa sahaja topik yang terlintas dalam minda mereka. Sebagai contohnya bercerita mengenai kambing peliharaan, tentang hobi dan tentang topik-topik yang amat ringan atau jika difikirkan topik tersebut tidak sepaptutnya dibincangkan.

Apa yang saya cuba sampaikan melalui perbincangan kali ini adalah, tahap intelektual manusia itu sering kali dikesampingkan tatkala manusia bosan. Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa manusia akan membicarakan apa sahaja yang terlintas dalam mindanya walaupun perkara tersebut amat remeh dan tidak logik. Sekiranya anada tidak percaya saya boleh buktikan melalui pemerhatian yang akan dijalankan. SELAMAT MENCUBA!!!

SITUASI 11

LARAS BAHASA TENTERA 3

Pada perbincangan kali ini, saya akan membincangkan satu lagi keunikan dalam laras bahasa tentera iaitu keragaman ayat dalam menutup sesebuah kelas ketenteraan. Pada entri saya sebelum ini iaitu Laras Bahasa Tentera 2, saya membicarakan mengenai keseragaman ayat dalam memulakan kelas oleh tentera. Keunikan seterusnya dalam melihat kepelbagaian bahasa dalam tentera adalh penggunaan ayat yang seragam dalam menutup sesebuah kelas. Ayat yang seragam yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Baiklah, pada pagi tuan-tuan dan puan-puan telah berpeluang

mempelajari satu lagi pelajaran iaitu … Sebelum saya mengakhiri kelas,

ada apa soalan? (jika ada) Sekiranya tiada, sekian sahaja pelajaran hari ini.

Sekian, terima kasih”.

Ayat di atas merupakan contoh ayat yang digunakan oleh setiap jurulatih tentera dalam menutup sesebauh kelas ketenteraaa. Keeragaman yang diperlihatkan ini jelas menunjukkan kepada kita tahap disiplin dan keseragaman dalam ketenteraan.

SITUASI 10

LARAS BAHASA TENTERA 2

Pada perbincangan laras bahasa tentera kali ini, saya akan membicarakan mengenai keseragaman ayat dalam memulakan sesuatu kelas ketenteraan. Berdasarkan penglaman saya dalam dunia ketenteraan, saya telah membuat pemerhatian terhadap keseragaman ayat yang digunakan oleh setiap jurulatih (anggota tentera sebenar) memulakan kelas. Ayat yang seragam tersebut adalah seperti berikut:

Asslammualaikum dan salam sejahtera semua sekali, pada pagi ini tuan-tuan

dan puan-puan dapat lagi mempelajari satu lagi pelajaran iaitu …

Sebelum itu, saya akan membahagikan tuan-tuan dan puan-puan kepada

dua kumpulan besar dan tujuh kumpulan kecil. Ini adalah untuk memudahkan

pengajaran kelas pada hari ini”.

Ayat di atas adalah ayat yang digunkaan oleh semua jurulatih tentera semasa memulakan kelas. Keseragaman ini telah ditetapkan oleh Markas Latihan Tentera Darat dan harus dipatuhi oleh semua jurulatih tentera. Hal ini dilihat berbeza dengan seorang guru yang beabs dalam memulakan kelas dengan menggunakan ayat yang pelbagai. Pada hemat saya, keseragaman ini merupakan satu keunikan dalam bidang ketenteraan yang mungkin tidak diketahui umum.

SITUASI 9

31 JANUARI 2011

BAHASA MASYARAKAT PERIBUMI MUDAH DIKUASAI

Perbincangan kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya dalam berbahasa. Saya mempunyai pengalaman hidup di Srawak selama enam tahun. Sepanjang saya berada di Sarawak saya telah berjaya menguasai bahasa Iban. Kaum Iban merupakan salah satu daripakan kaum pribumi Sarawak yang terbesar di Tanah Borneo. Kaum Iban memiliki bhasa yang tersendiri. Sepanjang tinggal di Sarawak, saya mengambil masa selama hampir dua tahun untuk menguasai bahasa Iban. Walupun tidak sepenuhnya, tetapi saya boleh bertutur menggunakan bahasa Iban apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbangsa Iban.

Pada pendapat saya, untuk menguasai sesuatu bahasa peribumi, kita harus bergaul dalam masyarakat pribumi tersebut. Saya mengambil masadua tahun untuk menguasai bahasa Iban dengan bergaul dengan rakan-rakan yang mejoritinya terdiri daripada bangsa Iban. Setelah empat tahun berpindah semula ke Perak, saya masih lagi boleh bertutur dalam bahasa Iban meskipun tidak selancar dahulu. Kini saya masih lagi menggunakan bahasa Iban apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berbangsa Iban di universiti. Namun, akibat kurang bergaul dengan masyarakat peribumi, saya agak kurang lancar tetapi masih lagi mampu berkomunikasi.

Oleh hal yang demikian, sesuatu bahasa itu boleh dikuasai apabila kita bergaul dengan masyarakat penutur jati bahasa tersebut. Namun, kita tidak mudah untuk melupakan bahasa ibunda kita walaupun kita mampu menguasai bahasa asing dengan baiknya.

SITUASI 8

30 JANUARI 2011

“… ada longkang kecil, abang masuk dalam.”

Saya berpeluang untuk pergi ke Hospital Kuala Kubu Bahru untuk membawa sahabat saya menjalani pemeriksaan kesihatan di sana. Ini adalah pengalaman pertama saya menjejakkan kai ke hospital yang cantik dan penuh dengan bangunan yang lama dan klasik. Pada kali ini saya ingin menceritakan pengalalaman bahasa saya yang boleh dikatakan jenaka dan penuh makna disebaliknya.

Semasa saya dan seorang sahabat menikmati selera di kantin hospital, saya telah bertanya kepada seorang wanita yang bekerja di sebuah kiosk di kantin tersebut mnengenai lokasi tandas lelaki. Diallog saya adlah sperti berikut:

Saya : “Aci, boleh saya tahu tandas lelaki di mana?”

Pekedai : “Abang jalan terus, ada longkang kecil, abang masuk dalam”.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah mengenai frasa “…ada longkang kecil, abang masuk dalam”. Setelah mendengar frasa tersebut, saya turut tercengang dan terfikir sejenak. Masuk longkang kecil? Saya tidak berkata apa-apa lagi, lantas terus pergi ke tandas berdasarkan maklumat yang diberi. Sya berjalan terus dan terlihat longkang kecil. Saya terus bergerak ke hadapan, dan rupa-rupanya apa yang di,maksudkan oleh pekedai tersebut adlah apabila terlihat longkang kecil, belok ke kiri dan di situlah terkletaknya tandas.

Perbincangan yang saya ketengahkan ini jelas melihatkan makna yang ingin disampaikan oleh pekedai tersebut adalah berbeza dengan maksud ayat yang disampaikan itu. Apa yang dapat ditafsirkan ini adalah latar belakang bahasa ibunda setiap penutur akan memepengaruhi seseorang itu berbahasa dalam bahasa yang yang lain. Dalam konteks perbincangan ini, latar belakang bahasa pekedai tersebut adlah bahasa Tamil, dan sekali gus telah memepengaruhi beliau apabila bertutur dalam bahasa kebangasaan baku.

-BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA-

SITUASI 7

25 JANUARI 2011

PENGUASAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN RAKYAT ASING DI NEGARA INI

Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada bahasa yang menjadi pertuturan masyarakat di seluruh dunia selain bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan Arab. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai peluang kerja yang banyak berbanding negra-negara lain dunia. Antaranya Indonesia, Bangladesh, India dan lain-lain negara lagi. Hal ini telah menyebabkan Malaysia menjadi negara tumpuan sebagai sebuah negara yang mamapu menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat-rakyat asing yang behijrah ke negara ini.

Saya telah berpeluang untuk berbual dengan beberapa pekerja asing yang bekerja di sekitar Tanjong Malim. Pekerja asing ini terdiri daripada mereka yang berasal dari India dan Sri Lanka. Persoalan yang saya ajukan kepada mereka adalah berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu yang mereka tuturkan serta masa yang diambil untuk menguasai bahasa melayu ini. Pekerja asing yang ditemu bual terdiri daripada merkea yang bekerja sebagai pelayan di restoran dan tukang gunting rambut.

Pekerja yang berasal daripada India dilihat lebih mudah untuk menguasai bahasa Melayu dengan cepat dan lancar. Seorang tukang gunting rambut yang berasal dari India menyatakan bahawa beliau mula fasih bercakap dalam bahasa kebangsaan setelah berbual-bual dengan pelanggannya serta diajar oleh rakan-rakan yang telah lama menetap di sini. Beliau mengambil masa selamadua bulan Selain itu, apabila saya memulakan perbualan menggunakan bahasa Inggeris, beliau lebih lancar menggunakan bahasa Inggeris. Setelah diselidiki, beliau merupakan seorang graduan berkelulusan ijazah pertama dari universiti di India. Hal ini sekali gus menjadikan beliau begitu fasih menggunkan bahasa Inggeris ditambah pula negara India merupakan negara yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara.

Saya juga ada berbual dengan seorang pekerja restoran yang beasal dari Sri Lanka dan Bangladesh. Ada di antara mereka yang masih lagi gagal untuk memahami apa yang diperkatakan oleh pelanggan yang menggunakan bahasa Melayu. Bagi mengatasi masalah ketidakfahaman ini pelanggan cuba menggunakan simbol untuk memberi maksud perkataan yang diujarkan. Senario seperti ini menunjukkan tidak semua rakyat asing mudah untuk menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya. Walaupun mereka tidak begitu fasih pada awalnya, namun, perhubungan sosial yang mereka lakukan telah membantu mereka untuk menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya.

SITUASI 6

1 FEBRUARI 2011

Catatan saya pada kali ini adalah mengenai laras bahasa iklan. Semasa cuti saya berpeluang untuk menonton televisyen. Hal ini demikian kerana semasa hari-hari kuliah saya tidak berpeluang untuk menonton televisyen di kolej kerana sibuk dengan tugasan. Laras bahasa iklan merupakan salah satu daripada laras bahasa yang terda[at bahasa Melayu. Selain laras bahasa ini, terdapat beberapa laras bahas ayang terdapat dalam bahasa Melayu iaitu laras bahasa ekonomi dan lain-lain lagi.

Laras bahasa iklan merupakan laras bahasa yang digunakan dalam sesebuah iklan dengan menggunakan bahasa yang boleh memepengaruhi sesorang untuk memebeli produk atau perkhidmatan yang diperlukan. Laras bahasa iklan juga menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pengguna. Namun, ada sebuah iklan yang begitu menarik minat saya kerana dialog atau ayat yang dituturkan sungguh