Showing posts with label MINGGU KE-6. Show all posts
Showing posts with label MINGGU KE-6. Show all posts

Friday, March 11, 2011

SITUASI 20

BAHASA INDONESIA VS BAHASA MELAYU

Salam satu bahasa…

Pada diari kali ini saya akan menbincangkan satu lagi topik yang begitu rapat dengan kita iaitu persoalan yang dikemukakan oleh sahabat saya iaitu mengapakah kebanyakkan penutur bahasa Melayu di dunia menggunakan bahasa Indonesia dalam pertuturannya? Saya terus memeberipendapat bahawa kita tidak boleh mengatakan bahawa bahasa Melayu Malaysia sukar untuk dipelajari oleh bangsa asing. Tetapi kita harus menerima hakikat bahawa penduduk Indonesia berjumlah hampir 100 juta orang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk dunia bertutur dalam bahas Indonesia kerana ramai penduduk Indonesia berhijrah ke luar negara dan merata-rata di seluruh dunia. Hal ini adalah tidak mustahil penutur asing bahasa Melayu akan menggunakan bahasa Indonesia dalam perbualan mereka. Namun, apa yang penting di sisni bukanlah kita harus bersaing dengan bahas Indonesia sedangkan kita adalah serumpun dengan bahasa jiran kita. Kini, kita harus memoertahankan kedaulatan bahasa kitadaripada dicemari oleh bahasa yang kottor dan mencemarkan bahasa kita.

Thursday, March 10, 2011

SITUASI 19

TOPIK PERBUALAN KAUM HAWA

Salam Satu Malaysia.

Pada diari kali ini, saya akan membincangkan satu topik iaitu topik perbualan yang selalu dijadikan isu apabila kaum hawa bertemu. Berdasarkan pemerhatian saya setiap kali wanita bertemu dengan rakan-rakan wanitanya akan membicangkan perkara yang terdapat pada tubuhnya. Contohnya, pakaian, tudung, rambut, barang kemas, kasut dan sebagainya. Berdasarkan senario ini dapatlah kuta akatakan bahawa, wanita akan mudah tertarik dengan perkara yang terdapat pada tubuh mereka. Walaupun benda tersebut sering kali digunakan, namun tetap akan dibincangkan. Contohnya, tudung yang sudah beberapa kali digunakan juga akan menjadi topik perbualan kaum hawa. Hal ini tidak berlaku kepada lelaki atau kaum adam. Mereka lebih cenderung untuk membicarakan isu yang berkaitan dengan hal-hal kerja, suka atau tidaklah isu yang berkaitan dengan benda-benda yang terdapat di tubuh badan mereka.

SITUASI 18

STATUS SOSIAL DALAM PERTUTURAN

Salam sejahtera…

Pada topik kali ini saya akan membincangkan satu lagi perkara yang berkait rapat dengan sosio dan bahasa. Pernahkah anda menyedari bahawa interaksi antara kita sering kali dibatasi oleh beberapa aspek yang penting. Antara perkara yang selalu dititikberatkan semasa berinteraksi dengan seseorang adalah dari segi status sosial. Saya mempunyai pengalaman berinteraksi dengan seorang pemandu bas.

Apabila saya berbicara dengan pemandu bas tersebut saya akan memulakan topik perbincangan berdasarkan perkara yang sentiasa dekat dengan pemandu bas tersebut. Oleh hal yang demikian, topik yang menjadi isu adalah berkaitan dengan bas dan jalan raya. Sebagai contohnya, semasa saya berinteraksi dengan pemandu bas, saya membuka isu yang hangat diperkatakan di seluruh negara iaitu kemalangan bas ekspres yang telah meragut banyak nyawa manusia.

Dalam konteks ini, saya memilih isu tersebut kerana pemandu bas sudah pasti akan memberi respons yang positif terhadap isu kemalangan yang saya bawa. Jika sebaliknya berlaku, contohnya saya membawa isu yang berkisar dengan dunia akademik saya sebagai pelajar, sudah pastiu topik tersebut tidak akan mendapat respons yang baik daripada pihak pemandu. Oleh hal yang demikian, jelaslah di sini bahawa isu-isu dalam pertuturan harian kita haruslah berdasrkan status sosial pihak kedua dan tidak boleh memilih isu-isu yang sembarangan kerana pasti akan menjadikan perbualan kita lesu dan pasif.

SITUASI 17

BAHASA TUA DAN BAHASA MUDA

Salam sosiolinguistik.

Pada diari kali ini, saya akan membawa anda mengenang kembali sebuah petikan dialog secara pantun dari sebuah filem arahan Seniman Tan Sri P. Ramlee iaitu “Damak” iaitu:

“Nenda bicara bahasa tua,

Cucunda bicara bahasa muda,

Bahasa tua penuh sabar di dada,

Bahasa muda jiwa gelora”

Dialog pentun di atas merupakan mempunyai susunan kata-kata yang sungguh kreatif dan indah. Apabila diamati, kita dapat mengetahui mesej yang ingin disampaikan oleh pelakon tersebut. Dalam file mini, dialog pantun ini dituturkan apabila anak muda ini sedang mengasap kerisnya untuk membalas dendam atas kematian abangnya. Sedang beliau mengasap kerisnya, neneknya menegurnya supaya bersabar dan mengucap sebelum mengambil keputusan untuk membalas dendam. Anak muda tersebut terus menuturkan dialog pantun di atas. Maksud pantun dialog ini adalah berkenaan dengan perasaan orang muda adalah cepat marah dan mudah beremosi berbadning orang tua yang lebih banyak bersabar dan rasional dalam tindakannya.

Berdasarkan dialog pantun di atas, kita dapat melihat pemakaian bahasa yang disusun cukup indah dan halus dalam mengatur setiap patah perbiacaraan orang Melayu yang terkenal dengan sikap sopan santunnya di dunia ini.

SITUASI 16

BAHASA SMS PEMUSNAH KESANTUNAN BERBAHASA PENUTUR JATI BAHASA MELAYU

Salam sejahtera.

Pada diari kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kesan bahasa system pesanan ringkas atau SMS kepada penutur jati bahasa Melayu. Pada hari ini saya telah menerima mesej daripada seorang sahabat yang meminta saya menghantarkan nombor telefon salah seorang kawan saya kepadanya. Mesej tersebut ditulis seperti berikut;

“Anta no fon Haziq”.

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita kesalahan tatabahsa dan ejaan yang nyata. Contohnya, perkataan ‘hantar’ ditulis ‘anta’, Telefon ditulis fon. Namun apa yang saya ingin jelaskan di sini adalah kesantunan di dalam mesej di atas telah dipinggirkan. Bagi saya seharusnya, penghantar mesej di atas harus memilih penggunaan kosa kata yang sopan seperti ayat berikut:

“Minta tolong hantarkan no. telefon Haziq’”.


Ayat di atas sudah cukup untuk menunjukkan kesantunan dan budi bahasa dalam bertutur apatah lagi untuk meminta pertolongan daripada seseorang. Oleh hal yang demikian, kita sebagai penutur bahasa Melayu harus mengekalkan kesopanan dan kesantunan kita dalam berbicara sama ada secara lisan ataupun bukan lisan.

Sekian, terima kasih.

BAHASA SANTUN MENJULANG BUDAYA