Showing posts with label MINGGU KE-8. Show all posts
Showing posts with label MINGGU KE-8. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

SITUASI 30


Bahasa badan...

Mengimbau kembali kata-kata salah seorang pensyarah yang sering meminta kami agar datang awal ke kelas disebabkan kuliah beliau pada hari Isnin, maka ramai pelajar yang sering datang lewat ke kelas. Mungkin disebabkan rasa kepenatan yang masih ada dalam diri setelah melalui hujung minggu dirasakan seolah-olah agak malas untuk menghadiri kuliah yang panjang terutamanya pada hari Isnin. Ini ditambah lagi dengan masalah penghawa dingin di dlaam bilik kuliah di Proton City yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan keadaan kelas menjadi semakin tidak selesa kerana terasa tahap kepanasan yang amat mengganggu tumpuan pelajar di dalam kelas. Sehubungan denga itu, atas rentetan daripada pelbagai sebab itu dapat dilihat karenah para pelajar yang dilihat tidak selelsa dengan keadaan diri dalam kelas tersebut. Ada pelajar yang mula keluar masuk, ada yang duduk bersandar dan malah ada yang mula bermalas-malasan di atas meja. Bahasa bada yang ditunjukkan itu mungkin kesan daripada emosi dan tekanan yang dihadapi yang disampaikan secara tidak sengaja melalu bahasa badan yang ditunjukkan. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa bahasa yang disampaikan ini jika diteliti dapat kita peroleh di mana-mana sahaja tidak kira secara lisan atau atau tidak.

SITUASI 29


Pintu Depan dan Pintu Belakang

Situasi kali ini, saya ingin kongsikan bersama dengan rakan-rakan sekalian mengenai kebiasaan yang setrusnya menjadi penggunaan bahasa yang sebati dalam diri kita sehinggakan kita sukar untk membezakan mana satu yang betul dan mana yang salah. Situasi ini saya lihat terjadi terutamanya dalam kalang mahasiswa kita sendiri iaitu menyatakan secara benar keduduka Pintu Utama kampus UPSI dengan Pintu Timur. Sering kali secat=ra sengaja atau tidak ataupun atas faktor kebiasaan kita akan mengatakan Pintu Utama kampus sebagai pintu belakang kerana mungkin atas faktor kita telah terbiasa memasuki kamous melalui Pintu Timur, maka secara spontannya seolah-olah telah menjadi satu penjadualan ingatan yang tetap menganggap Pintu timur sebagai pintu depan dan walaupu kita pin mengetahui bahawa Pintu Utama itu merupakan pintu depan kanpus. Oleh itu, dapat dikatakan kebiasaan yang tercipta akan mendorong pembentukan pengujaran bahasa yang secara langsung kekal sebagai ingatan dalam mengingati sesuatu perkara itu sehinggakan kita tidak menyedari bahawa itu merupakan kesilapan.

SITUASI 28

Penerapan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Surat Rasmi

Ingin saya kongsikan bersama situasi di mana apabila saya tekah ditunjukkan oleh seorang rakan saya sepucuk surat rasmi daripada pihak pengurusan kediaman rakan saya itu. Seperti yang dinyatakan, dalam surat berkenaan meminta penghuni rumah di rumaah rakan saya yang bearad di semester 6 supaya mengahantar borang keputusan penginapan kepada pihak pejabat dalam tempoh masa yang terdekat dengan segera.

Saya seprti tergamam seketika apabila melihat ayat yang berikut;

”...kami akan burn sekiranya.....”

Istilah burn sebenarnya dalam Bahasa Melayu dalam padanan maknanya membawa makna bakar tetapi ayat di atas sebenarnya ingin mengatakan pihak pentadbiran peginapan rumah rakan saya itu tidak akan mengembalikan wang pendahuluan sekiranya tidak diberi sebarang respon terhadap borang penginapan tersebut.

Di sini dapat dikatakan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris seolah-olah telah meresap ke dalam penggunaan Bahasa Melayu sehinggakan dalam urusan rasmi sekalipun penggunaan perkataan Bahasa Inggeris ini tetap digunakan tanpa meneliti padanan makana perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu. Haruslah dijadikan peringatan bahawa kebiasaan ini hanya akan menjadi perosak Bahasa Melayu baku kita.

SITUASI 27

KESESUAIAN NADA PERTUTURAN

Ini merupakan situasi yang saya ambil semasa saya terlibat dalam aktiviti pengajaran makro yang dijalankan oleh rakan sekelas saya yang menjalankan pengajaran pada hari khamis. Sebagai memberikan sokongan agar sesi pengajaran rakan-rakan saya dapat berlangsung dengan jayanya, saya berusaha untuk memberikan respon yang sesuai dengan keadaan pengajaran yang disampaikan.

Beralih kepada aktiviti yang dijalankan, rakan saya telah menjalankan aktiviti bacaan laras bahasa berita. Kami yang bertinadak sebagai pelajar diminta untuk menghasilkan teks yang menggunakan laras bahasa yang sesuai dan menyampaikannya di hadapan kelas. Saya mewakili ahli kumpulan saya untuk menyampaikan bacaan berta tersebut. Disebabkan tajuk berita yang kumpulan saya nyatakan adalah berkaitan dengan masalah air yang kami hadapi, dengan secara tidak sengajanya nada bacaan saya agak lantang dan kuat. Sehubungan dengan itu, pensyarah saya mengatakan cara bacaan seperti itu tidaklah sesuai. Mungkin atas sebab untuk menyesuaikan suara agar pelajar di belakang dapat mendengarnya, secar tidak sengaja saya seolah-olah seperti beremosi. Oleh itu, dapat saya simpulkan di sini bahawa nada bacaan serta laras bahasa yang digunakan dapat dijadikan aspek dalam menilai emosi seseorang itu.

SITUASI 26

Penilaian Makna Penggunaan Kata


Sekali lagi pengalaman yang diperoleh daripada kelas yang dikendalikan oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan iaitu kelas Kursus Karya Agung yang saya ambil pada semester ini. Beliau sempat memberikan gambaran dan teguran yang berunsur nasihat yang membina kepada kami semua yang mengikuti kelas beliau pada hari tersebut. Minggu ini merupakan minggu pembentangan. Sebelum pembentangan bermula, beliau mengatkan tntang ciri pemakaian yang sesuai bagi seseorang itu untuk kelihatan kemas. Ini merupakan etika pemakaian yang sesuai bagi beliau iaitu bagi kaum lelaki, beliau mengatakan hanya pemakaian kemeja satu warna dengan seluar yang berwarna hitam atau biru tua sahaja dibenarkan jika dari aspek etika pemakaian yang sopan. Bagi kaum wanita pula, beliau mengatakan sebaik-baiknya hanya memilih warna yang lembut iaitu dalam bahasa Inggerisnya ”Earth Colour”. Beliau mengatakan warna tidak siuman itu tidak sesuai terutamanya kombinasi warna yang terlampau banya. Beliau mengaplikasikan penggunaan kata tidak siuman terhadap ciri pemakian yang biasanya kita ketahui perkataan tidak siuman itu merujuk kepada orang yang tidak waras.