Sunday, March 13, 2011

SITUASI 33

KANAK-KANAK DAN PENGUASAAN BAHASA

Salam sejahtera.

Pada bicara diari kali ini saya ingin membincangkan satu topik yang berkaitan dengan kanak-kanak dan penguasaan bahasa. Pada hari ini (13 Mac 2011), saya telah berpeluang untuk mengunjungi sebuah rumah anak yatim di Bukit Beruntung, Selangor. Sepanjang satu hari saya berada di sana, saya telah melihat pelalbagai gelagat kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak yatim itu sendiri yang berumur sekitar empat tahun sehingga lapan belas tahun. Namun, bicara diari kali ini saya akan membincangan mengenai kanak-kanak yang berumur sekitar empat tahun sehingga 6 tahun sahaja.

Sepanjang seharian saya di sana, pihak ahli jawatankuasa telah melaksanakan satu aktiviti yang berbentuk permainan rangsangan kepada kanak-kanak tersebut. Dalam permainan ini, kanak-kanak dibawa untuk mengingati beberapa perkara seperti pergerakan, tarian dan nyanyian. Namun, yang menjadikan saya terangsang untuk berkongsi dengan saudara pembaca sekalian adalah, kanak-kanak tersbeut tidak memerlukan masa yang lama untuk menghafal pergerakan, nyanyian dan tarian yang dipersembahkan. Melalui demonstrasi kali pertama sahaja sudah memadai untuk memabantu merkea melalkukan segala gerak laku dengan baik dan mudah.

Berdasarkan pemerhatian saya pada kali ini, saya dapat membuat satu perkaitan ilmu anata bahasa dan kanak-kanak. Kanak-kanak dilihat mudah untuk mengingat sesuatu bahasa (seperti nyanyian) dengan cepat. Hal ini boleh merujuk kepada teori bahasa yang menyatakan bahawa sekiranya kita ingin mengajar bahasa kedua kepada kanak-kanak, haruslah bermula seawall usia kanak-kanak kerana pada peringkat ini mereka amat mudah untuk menerima pelabagai perkara baharu seperti bahasa dan sebagainya.

SITUASI 32

BAHASA MANUSIA DIPENGARUHI PERSEKITARAN

Salam satu Malaysia.

Pada topik perbincangan kali ini saya ingin membincangkan satu lagi topik yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. Bahasa manusia banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Hal ini bermakna setiap apa yang diujarkan oleh manusia yakni dari segi kosa kata dan perbincangannya adalah berkait rapat dengan persekitarannya. Contohnya, saya berpeluang untuk pergi ke pedalaman negeri Sabah pada penghujung semester yang lalu. Semasa berada di sana, saya telah ditempatkan di sbuah sekolah pedalaman yang terdiri daripada pelajar pelbagai etnik seperti Murut, Rungus dan sebagainya.

Namun, yang menjadi isi perbincangan di sini adalah berkaitan dengan kosa kata yang diujarkan oleh murid-murid sekolah tersebut setiap kali berkomunikasi. Semasa saya berbicara dengan seorang murid sekolah tersebut yang berasal dari kaum Rungus, saya telah bertanya mengenai cita-cita murid tersebut. Jawapan yang telah diberi oleh murid tersebut adalah ingin menjadi seorang guru, jururawat, polis dan tentera. Apabila diselidiki melalui perbualan dengan seorang guru mengenai mengapa majority pelajar mempunyai cita-cita yang sama adalah persekitaran mereka hanya dikelilingi oleh jururawat yang berada di klinik kesihatan desa, polis yangs erring meronda, askar yang sering datang ke kampung tersebut serta guru yang mengajar mereka setiap hari. Tidak ada sebarang jawapan yang dikemukakan oleh pelajar seperti ingin menjadi pensyarah, doctor, jurutera dan arkitek. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa murid-murid tersebut hanya dikelilingi oleh guru, jururawat, polis dan tentera sahaja dan mereka tidak terlalu mempunyai pendedahan berkenaan dengan kerjaya-kerjaya yang lain.

Selain itu jua, berkaitan dengan penulisan karangan yang dihsailkan oleh pelajar di sekolah tersebut pula, kebanyakannya tidak mampu untuk menulis karangan dengan menggunakan ayat yang canggih seperti anjakan paradigma, inividualistik dan sebagainya. Persoalan mengenai ketidakmampuan pelajar menghasilkan karangan yang menggunakan kosa kata yang baharu juga dikemukakan kepada guru di sekolah terabit. Jawapan yang diberikan adalah para murid tersebut tidak terlalu terdedah dengan bahan bacaan yang berbentuk ilmiah yang moden dan terkini dek kerana kesukaran mereka untuk mendapatkan bahan bacaan yang bermutu tinggi. Oleh hal yang demikian, melalui perbincangan ini kita dapatlah mengetahui bahawa ada lagi murid sekolah di Malaysia yang masih gagal menguasai kosa kata baharu bahasa Melayu dan masih lagi belum memncapai tahap penguasaan bahasa Melayu tinggi dengan sempurna. Dalam menyelesaikan masalah ini,para guru harus bijak untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu tinggi dalam kalangan pelajar sekolah terutama pelajar sekolah pedalaman.

Bakal-bakal pendidik sekalian, anda harus bersedia.

SITUASI 31

BAHASA KANAK-KANAK BERGANTUNG KEPADA DIDIKAN KELUARGA

Salam sejahtera.

Pada perbincangan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit pendapat mengenai perkembangan bahasa kanak-kanak bergantung keopada didikan dan ajaran yang diterima oleh keluarga di rumah. Ada sesetengah kanak-kanak kini telah menggunakan kosa kata yang tidak elok atau kasar dalam pertuturannya. Apabila diselidiki, perkara seperti ini berlaku disebabkan kanak-kanak mendengar perkataan tersebut digunakan oleh ahli keluarga mereka seperti abang, kakak dan lain-lain lagi.

Kanak-kanak tersebut akan bertutur seperti mana yang dipertuturkan oleh ahli keluarga mereka. Terutama apabila mereka mendengar perkataan yang tidak sopan, kanak-kanak dilihat lagi mudah untuk menguasai kosa kata tersebut dengan mudah dan terus dipraktikkan. Hal ini dilihat tidak wajar berlaku kerana kanak-kanak pada peringkat awal masih lagi memerlukan kosa kata yang sewajarnya dalam kehidupan mereka kelak.

Oleh hal yang demikian, sekiranya saudara dan saudari pembaca mempunyai adik-adik yang masih kecil, saya sarankan anda bertuturlah secara berhemah dan janganlah anda mendidik adik-adik anda yang masih kecil dengan bahasa-bahasa yang tidak sopan dan kasar.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERAMAL.

SITUASI 30


Bahasa badan...

Mengimbau kembali kata-kata salah seorang pensyarah yang sering meminta kami agar datang awal ke kelas disebabkan kuliah beliau pada hari Isnin, maka ramai pelajar yang sering datang lewat ke kelas. Mungkin disebabkan rasa kepenatan yang masih ada dalam diri setelah melalui hujung minggu dirasakan seolah-olah agak malas untuk menghadiri kuliah yang panjang terutamanya pada hari Isnin. Ini ditambah lagi dengan masalah penghawa dingin di dlaam bilik kuliah di Proton City yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan keadaan kelas menjadi semakin tidak selesa kerana terasa tahap kepanasan yang amat mengganggu tumpuan pelajar di dalam kelas. Sehubungan denga itu, atas rentetan daripada pelbagai sebab itu dapat dilihat karenah para pelajar yang dilihat tidak selelsa dengan keadaan diri dalam kelas tersebut. Ada pelajar yang mula keluar masuk, ada yang duduk bersandar dan malah ada yang mula bermalas-malasan di atas meja. Bahasa bada yang ditunjukkan itu mungkin kesan daripada emosi dan tekanan yang dihadapi yang disampaikan secara tidak sengaja melalu bahasa badan yang ditunjukkan. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa bahasa yang disampaikan ini jika diteliti dapat kita peroleh di mana-mana sahaja tidak kira secara lisan atau atau tidak.

SITUASI 29


Pintu Depan dan Pintu Belakang

Situasi kali ini, saya ingin kongsikan bersama dengan rakan-rakan sekalian mengenai kebiasaan yang setrusnya menjadi penggunaan bahasa yang sebati dalam diri kita sehinggakan kita sukar untk membezakan mana satu yang betul dan mana yang salah. Situasi ini saya lihat terjadi terutamanya dalam kalang mahasiswa kita sendiri iaitu menyatakan secara benar keduduka Pintu Utama kampus UPSI dengan Pintu Timur. Sering kali secat=ra sengaja atau tidak ataupun atas faktor kebiasaan kita akan mengatakan Pintu Utama kampus sebagai pintu belakang kerana mungkin atas faktor kita telah terbiasa memasuki kamous melalui Pintu Timur, maka secara spontannya seolah-olah telah menjadi satu penjadualan ingatan yang tetap menganggap Pintu timur sebagai pintu depan dan walaupu kita pin mengetahui bahawa Pintu Utama itu merupakan pintu depan kanpus. Oleh itu, dapat dikatakan kebiasaan yang tercipta akan mendorong pembentukan pengujaran bahasa yang secara langsung kekal sebagai ingatan dalam mengingati sesuatu perkara itu sehinggakan kita tidak menyedari bahawa itu merupakan kesilapan.

SITUASI 28

Penerapan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Surat Rasmi

Ingin saya kongsikan bersama situasi di mana apabila saya tekah ditunjukkan oleh seorang rakan saya sepucuk surat rasmi daripada pihak pengurusan kediaman rakan saya itu. Seperti yang dinyatakan, dalam surat berkenaan meminta penghuni rumah di rumaah rakan saya yang bearad di semester 6 supaya mengahantar borang keputusan penginapan kepada pihak pejabat dalam tempoh masa yang terdekat dengan segera.

Saya seprti tergamam seketika apabila melihat ayat yang berikut;

”...kami akan burn sekiranya.....”

Istilah burn sebenarnya dalam Bahasa Melayu dalam padanan maknanya membawa makna bakar tetapi ayat di atas sebenarnya ingin mengatakan pihak pentadbiran peginapan rumah rakan saya itu tidak akan mengembalikan wang pendahuluan sekiranya tidak diberi sebarang respon terhadap borang penginapan tersebut.

Di sini dapat dikatakan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris seolah-olah telah meresap ke dalam penggunaan Bahasa Melayu sehinggakan dalam urusan rasmi sekalipun penggunaan perkataan Bahasa Inggeris ini tetap digunakan tanpa meneliti padanan makana perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu. Haruslah dijadikan peringatan bahawa kebiasaan ini hanya akan menjadi perosak Bahasa Melayu baku kita.

SITUASI 27

KESESUAIAN NADA PERTUTURAN

Ini merupakan situasi yang saya ambil semasa saya terlibat dalam aktiviti pengajaran makro yang dijalankan oleh rakan sekelas saya yang menjalankan pengajaran pada hari khamis. Sebagai memberikan sokongan agar sesi pengajaran rakan-rakan saya dapat berlangsung dengan jayanya, saya berusaha untuk memberikan respon yang sesuai dengan keadaan pengajaran yang disampaikan.

Beralih kepada aktiviti yang dijalankan, rakan saya telah menjalankan aktiviti bacaan laras bahasa berita. Kami yang bertinadak sebagai pelajar diminta untuk menghasilkan teks yang menggunakan laras bahasa yang sesuai dan menyampaikannya di hadapan kelas. Saya mewakili ahli kumpulan saya untuk menyampaikan bacaan berta tersebut. Disebabkan tajuk berita yang kumpulan saya nyatakan adalah berkaitan dengan masalah air yang kami hadapi, dengan secara tidak sengajanya nada bacaan saya agak lantang dan kuat. Sehubungan dengan itu, pensyarah saya mengatakan cara bacaan seperti itu tidaklah sesuai. Mungkin atas sebab untuk menyesuaikan suara agar pelajar di belakang dapat mendengarnya, secar tidak sengaja saya seolah-olah seperti beremosi. Oleh itu, dapat saya simpulkan di sini bahawa nada bacaan serta laras bahasa yang digunakan dapat dijadikan aspek dalam menilai emosi seseorang itu.