Sunday, January 23, 2011

SITUASI 1

17 JANUARI 2011

UNSUR BUNYI DALAM DIALEK KELANTAN

Dialek merupakan salah satu daripada kepelbagaian yang terdapat dalam bahasa Melayu. Terdapat pelbagai dialek bahasa Melayu di Malaysia. Antaranya adalah dialek Kelantan, Kedah, Perlis dan sebagainya. Salah satu yang menarik minat saya untuk membicarakan dialek ini adalah berdasarkan pemerhatian dan penelitian saya terhadap sebuah dialek yang menjadi pertututran majoriti pelajar di universiti ini iaitu dialek Kelantan.

Pengalaman selama hampir 3 tahun tinggal bersama pelajar yang berasal dari pantai timur telah mendedahkan saya kepada keunikan dialek ini. Sepanjang pemerhatian saya, salah satu ciri penutur yang menggunakan dialek Kelantan adalah penggunaan unsur bunyi dalam menerangkan sesuatu perkara. Berikut merupakan contoh dialog yang menggunakan dialek Kelantan:

1. “… wat gini ja buke kru…kru…kru… gitu.”

2. “… tarik paka muto ghe..ghe…ghe… pegi jauh.”

Berdasarkan dialog di atas, kita dapat melihat keunikan yang terdapat dalam dialek Kelantan. Para penutur dialek ini sering kali menggunakan unsur bunyi-bunyi tertentu dalam menceritakan, menerangkan atau menjelaskan sesuatu perkara. Saya cuba mengkaji keunikan ini. Saya juga ada bertanya kepada penutur dialek ini apabila saya terdengar unsur-unsur bunyi ini dituturkan. Namun, jawapan yang diperoleh daripada penutur adalah mereka sendiri tidak menyedari perkara ini berlaku. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penutur dialek ini mengeluarkan bunyi-bunyi ketika bercakap adalah secara tidak langsung dan ia berlaku di bawah sedar.

Setiap dialek di Malaysia pasti ada keunikan tersendiri. Cuma kita sahaja yang tidak begitu peka terhadap keunikan ini.

No comments:

Post a Comment