Wednesday, January 12, 2011

SALAM...

BML3073 SOSIOLINGUISTIK MELAYU... SALAM PERKENALAN DARI SAYA...


SEIMBAS LALU….

Nama diberi Muhammad Fariz bin Mohd. Yusoff. Merupakan anak kelahiran negeri Perak dan juga merupakan negeri di mana saya menuntut sekarang. Blog ini dibina atas keperluan yang saya ambil dalam semester 6 ini iaitu kursus Sosiolinguistik Melayu. Ini merupakan pengalaman baru bagi saya untuk menggunakan blog sebagai salah satu medium untuk memenuhi tugasan individu dalam kursus ini. Sesungguhnya , ini juga kali pertama saya perlu bergiat aktif dalam menggunkan blog sebagai salah satu alat perhubungan tugasan dengan pensyarah serta kawan-kawan. Sehubungan itu, diharap penggunaan blog ini dapat memberikan lebih banyak ruang dan pengetahuan tidak kira kepada diri saya sendiri mahupun kawan-kawan yang turut mengikuti perkembangan blog saya ini.

Semoga apa yang tercatat dapat dijadikan rujukan dan panduan di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment