Sunday, January 23, 2011

SITUASI 4

22 JANUARI 2011

BAHASA MELAYU DI PASAR

Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa juga memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan kehidupan manusia yang bermasyarakat dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Oleh hal yang demikian negara mempunyai beberapa jenis bahasa selain daripada bahasa utama negara iaitu bahasa Melayu. Antara bahasa yang turut menjadi alat interaksi di Malaysia adalah bahasa Mandarin, Hokkien, Tamil dan sebagainya.

Salah satu asapek keunikan yang terdapat dalam kalangan rakyat Malaysia adalah bahasa dan loghat yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam sebarang hubungan komunikasi. Saya telah melakukan pemerhatian di sebuah pasar awam dan terdapat beberapa perkara mengenai bahasa dan loghat ingin saya bincangkan. Perbualan antara manusia memerlukan bahasa untuk menyampaikan maklumat atau membaincang perkara yang ingin dibincangkan.

Secara realitinya, negara masih lagi mementingkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang perlu dikuasai kini. Namun, hakikat yang berlaku adalah dalam apa jua proses komunikasi berlaku, bahasa Melayu tetap menjadi bahasa yang penting dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini berlaku apabila rakyat Malaysia yang berbeza kaum dan bangsa tetap menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan harian mereka. Meskipun, sesetengah daripada mereka petah untuk berbicara dalam bahasa ibunda dan bahasa Inggeris.

Walaupun bahasa Melayu yang digunakan adalah bahasa basahan, tetapi daripada situasi inilah kita mampu untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan ekonomi. Contohnya, loghat dan telo Cina atau India digunakan dalam bahasa Melayu walaupun orang Melayu sendiri yang menuturkannya ketika berkomunikasi antara tiga kaum yang utama ini.

Oleh hal yang demikian bahasa Melayu tetap menjaid bahas ayang utama di negara ini dalam membentuk perpaduan dan keharmonian sama ada dalam urusan seharian dan ekonomi. Bahasa dan masyarakat tidak boleh dipisahkan.

No comments:

Post a Comment