Sunday, January 23, 2011

SITUASI 3

20 JANUARI 2011

LARAS BAHASA TENTERA

Persekitaran merupakan faktor yang terbesar dalam mempengaruhi seseorang penutur bahasa. Kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang anggota tentera turut mempengaruhi cara saya berbahasa. Mengapa saya katakan kehidupan sebagai tentera telah mempengaruhi cara saya berbahasa? Dalam tentera ada beberapa perkataan yang boleh dikatakan sebagai perkataan wajib atau acap kali dituturkan oleh anggota tentera. Cara saya berbahasa serta kadet-kadet tentera yang lain juga telah terpengaruh dengan cara bahasa tentera. Berdasarkan hal ini, boleh saya takrifkan sebagai laras bahasa tentera.

Laras bahasa tentera bukanlah seperti laras bahasa baku (standard). Hal ini demikian kerana bahasa tentera lebih ringkas dan mudah difahami. Dalam komunikasi tentera yang paling penting adalah arahan daripada pihak atasan perlulah sampai sehingga ke akar umbi atau orang bawahan. Antara perkataan dan ayat yang sering kali mejadi pertuturan dalam kalangan anggota tentera ialah:

1. jelas 5. dapat

2. faham 6. ada apa masalah?

3. ada apa soalan? 7. masa sendiri

4. boleh 8. sebilang masa

Perkataaan dan ayat di atas sering kali menjadi pertutran dalam kehidupan seharian dalam tentera. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya dalam kehiudpan tentera, boleh dikatakan ayat dan perkataan di atas telah sebati dalam diri setiap anggota tentera., Saya juga telah terpengaruh dengan perkataan dan ayat di atas sehingga terbawa-bawa dalam komunikasi seharian.

Oleh hal yang demikian, laras bahasa tentera juga boleh dikatakan salah satu daripada laras-laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Kajian yang teliti dan serius boleh dilakukan terhadap laras bahasa tentera agar boleh diberi perhatian oleh semua penutur jati bahasa Melayu.

~BAHASA ITU PAKAIAN BANGSA~

No comments:

Post a Comment