Wednesday, March 16, 2011

SITUASI 40

KEPENTINGAN DAN KESERONOKAN MEMPELAJARI SOSIOLINGUISTIK

Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Pada topik kali ini saya akan menyatakan beberapa kepentingan dan keseronokan saya mempelajari sosiolinguistik. Sosiolinguistik merupakan salah satu daripada cabang linguistik. Sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dalam kalangan masyarakat penuturnya. Walaupun pelajaran ini merupakan perkara yang baharu dalam kehidupan akademik saya, namun, subjek ini merupakan salah satu subejk yang mengajar saya menjadi pemerhati dan pendengar yang baik terhadap bahasa Melayu secara umumnya.

Hal ini demikian kerana sosiolinguistiklah yang telah membantu saya dalam emlihat gelagat masyarakat menggunakan bahasa dan bagaimana bahasa itu digunakan dalam konteks sesebuah masyarakat seperti dialek dan sebagainya. Perkara inilah yang sebenarnya keseronokan dalam bidang linguistik. Sosiolinguistik juga telah membantu saya dalam mengenali bahasa Melayu dengan lebih dekat. Hal ini sekali gus menerapkan semangat cinta akan bahasa ibunda yang berdaulat ini.

Oleh hal yangd emikian, sepanjang pembelajaran sosiolinguistik ini berlangsung, saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengajaran dalam mengenali keunikan dan keistimewaan bahasa Melayu dengan melihat bahasa ini dari pelbagai sudut yang adakalanya tidak dapat digapai oleh akal manusai biasa. Keistimewaan inliah yang harus diangkat menjadi pentas dalam memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa sebagai bahasa penting dunia suatu hari kelak.

Penerapan ilmu sosiolinguistik harus dilakukan terhadap masyarakat bahasa yang menuturkan bahasa setiap saat dan ketika agar kecintaan terhadap bahasa dapat kita terapkan dalam prose mengangkat martabat bahasa Melayu.

BAHASA CERMINAN BUDAYA

SITUASI 39

KEKELIRUAN KATA NAMA KHAS YANG TIDAK BOLEH DIUBAH PERKATAAN DAN EJAAN ASALNYA

Salam Pendidik Bestari.

Pada diari kali ini saya akan membincangkan satu topik yang berkaitan rapat dengan kehidupan kita di sekitar Tanjong Malim yang tercinta ini. Pada mulanya, saya mengalami kekeliruan terhadap ejaan Tanjong Malim dan Tanjung Malim. Ada pihak yang mengeja Tanjong, dan ada pula yang mengejanya sebagai Tanjung. Ejaan manakah yang benar? Menurut Prof. Abdul Hamid Mahmood, Tanjong Malim hendaklah dieja Tanjong dan bukannya Tanjung. Walaupun Tanjong adalah ejaan lama manakala Tanjung adalah ejaan baharu bahasa Melayu, namun kata nama khas yang merujuk kepada tempat atau kawasan hendaklah dikekalkan ejaannya.

Selain itu, terdapat juga nama kawasan yang menggunakan bahasa Inggeris. Antaranya Slim River dan Kuala Kubu Road. Walupun nama tempat tersebut merupakan bahasa Inggeris, namun kita tidak boleh sewenang-wenangnya menukarkan nama khas ini kepada bahasa Melayu yakni menjadi Jalan Kuala Kubu (Kuala Kubu Road) dan Sungai Langsing (Slim River). Hal ini turut disebabkan oleh kata ini merupakan kata nama khas tempat dan tidak boleh diubah. Namun, kata nama khas tempat ini boleh diubah berdasarkan kuasa yang telah diperuntukkan oleh kerjaan kepada pihak berkuasa, maka ia baharulah boleh diubah.

Sekian, majulah bahasa untuk negara.

SITUASI 38

BAHASA PESANAN RINGKAS(SMS) MEMBENARKAN KEPENDEKAN KATA?

Salam Satu Malaysia.

Pada diari kali ini saya akan membincangkan satu lagi topik iaitu kependekan kata bahasa Melayu dalam system pesanan ringkas atau SMS dibenarkan atau tidak. Topik ini timbul setelah saya ditanya oleh seorang rakan yang meminta pendapat saya mengenai hal ini. Namun, saya tidak dapat menjawab dengan hujah yang baik kerana sibuk dengan kelas dan tugasan. Rakan saya bertanya, adakah saya membenarkan kependekan kata bahasa Melayu dalam system pesanan ringkas? Saya menjawab, ya. Saya bersetuju sekiranya kita membenarkan kependekan kata dalam system pesanan ringkas. Tetapi, kita harus menggunakan kependekan kata yang betul dan tidak terpesong dari ejaan yang sebenar.

Contohnya, perkataan sahaja boleh dipendekkan dengan ejaan shj. Namun, apa yang berlaku adalah kependekan kata yang terpesong dari ejaan asal seperti saje, je. Hal ini sudah pasti saya tidak akan benarkan perkaara speeti ini berlaku. Selain itu, ada banyak lagi kependekan kata yang salah dan tidak mengikut ejaan sebenar antaranya apa= pe, apew; entah= ntah, tah; boleh= bleh, buleh dan sebagainya. Ada juga perkataan yang seoalh-oleh menjadi kebiasaan dipendekkan dengan cara yang salah iaitu terima kasih dipendekkan menjadi makceh atau mekasih. Hal ini sekali gus menghilangkan rasa moral yang tinggi terhadap nilai terima kasih tersebut.

Oleh hal yangd emikian, kependekkan kata dalam system pesanan ringkas boleh dibenarkan tetapi tidak dipendekkan terpesong jauh dari ejaan yang sebenar. Kesimpulannya, rujuklah buku yang menunjukkan kependekkan kata yang sewajarnya.

BAHASA CERMINAN BANGSA

SITUASI 37

BAHASA INGGERIS DALAM DIALEK TEMPATAN

Salam sejahtera.

Pada diari kali ini, saya akan membincangkan perkaitan yang ebrkaitan dengan bahasa Inggeris yang yang telah dijadikan ungkapan dalam dialek tempatan.Tiga dialek yang akan difokuskan iaiatu dialek Kelantan dan dialek Melayu Sarawak. Dalam dialek ini, kita akan dapat melihat beberapa perkataan Inggeris yang telah didialekkan. Antaranya ialah :

1) bekwoh - dialek Kelantan: maksud: kenduri

2) landsabey - dialek Melayu Sarawak: maksud: ukur tanah

3) mupok - dialek Melayu Sarawak : maksud: balik

4) makan hol - dialek Melayu Sarawak: maksud: kenduri

Contoh (1) merupakan perkataan dialek Kelantan yang berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu big work. Maksud di sebalik perkataan ini adalah kenduri. Manakala, contoh (2) adalah perkataan dialek Melayu Sarawak yang berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaiatu land survey yang bermaksud ukur tanah. Begitu juga contoh (3) dan (4) pula juga daripada dialek Melayu Sarawak yang berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu mupok kata asalnya adalah move off bermaksud balik. Manakala makan hol bermaksud hall atau dewan. Perkataan ini membawa maksud makan di dalam dewan atau kenduri menurut dialek Sarawak.

Oleh hal yang demikian, keunikan inilah yang telah menjadi keistimewaan kepada bahasa Melayu. Selain itu, kita juga dapat mengetahui bahawa tidak hanya BM baku sahaja yang boleh menerima pengaruh bahasa asing, tetapi dialek juga dapat menyerap perkataan asing dan telah diserasikan dengan penutur dialek tersebut.

Bahasa Jiwa Bangsa

SITUASI 36

ADAKAH SESEORANG ITU AKAN MELUPAKAN BAHASA IBUNDANYA?

Salam Satu Malaysia.

Pada perbincangan kali ini saya akan memberikan pendapat mengenai adakah seseorang itu akan melupakan bahasa ibundanya? Saya terfikir mengenai kenytaan ini. Saya menimbulkan persoalan dalam minda saya dengan menyatakan apabila seseorang tidak bertutur dalam bahasa ibundanya selama bertahun-tahun berbelas-belas tahun atau berpuluh-puluh tahun? Berdasarkan schemata yang ada, sya berpendapat begini:

“Seseorang itu tidak mungkin akan melupakan bahasa ibundanya walaupun tidak menuturkan bahasa ibundanya dalam tempoh yang lama seperti dua atau tiga puluh tahun. Contohnya, sekiranya saya menetap di luar negara selama 20 puluh tahun dan saya tidak pernah menuturkan bahasa Melayu dalam tempoh tersebut, dan apabila saya kembali ke negara Malaysia, saya tetap boleh untuk berkata dalam bahasa ibunda. Hal ini demikian kerana saya telah mula berbahasa Melayu sejak ekcil dan hanya setelah dewasa saya menetap di luar negara. Namun, sekiranya saya telah menetap di luar negara sejak dilahirkan, maka saya mungkin akan melupakan bahasa ibunda saya”.

Itulah pendapat saya. Namun jika anda tidak bersetuju, kemukakan pendapat anda sewajarnya.

SITUASI 35

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA YANG SALAH DIGUNAKAN

Salam Satu Malaysia.

Pada diari kali ini saya akn membincangkan satu topik yang agak penting iaitu kesalahan dalam menggunakan kata ganti nama diri kedua iaitu “Dia” dalam pertuturan manusia. Saya sering kali melihat dan mendengar kesalahan yang sering kali digunakan oleh penutur bahasa Melayu apabila menggunakan kata ganti ini. Saya juga sering kali melakukan kesalahan yang sama.

Contoh ayat yang menunjukkan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri ini adalah seperti contoh berikut:

a) “Apabila kita melihat slide ini, dia menunjukkan beebrapa kenyataan

tentang…”.

b) “Komputer riba saya mempunyai skrin yang cantik dan dia berwarna

merah”.

c) “Inferens ini, dia adalah…”.

Berdasarkan contoh di atas, kita dapat emlihat dengan jelas bahawa kata ganti nama diri kedua yang sepatutnya digunakan untuk menggantikan nama diri manusia telah dirujuk kepada benda yang bukan manusia.

Contoh-contoh yang saya buat di atas berkemungkinan bukan contoh yang jelas, tetapi pihak pembaca sekalian bolehlah mula menyedari kesalahan yang dilakukan ini mulai sekarang. Kebiasaan penutur melakukan kesalahan seperti ini berkemungkinan besar akan mencetuskan salah tafsir bagi pihak generasi muda penutur bahasa Melayu kelak.

Sunday, March 13, 2011

SITUASI 34

PIDATO BAHASA MELAYU ANTARABANGSA

MENGANGKAT MARTABAT BAHASA MELAYU

Salam Satu Malaysia.

Pada bicara diari kali ini, saya akan membincangkan satu topik iaitu Pertandingan Pidato Bahasa Melyu Peringkat Antarabangsa yang baru sahaja menutup tirainya. Melalui pertandingan kali ini, kita dapat menyaksikan hampir 56 buah negara di dunia telah mempamerkan kehebatan masing-masing dalam menuturkan hujah-hujah yang bernas dengan menggunakan bahasa Melayu dengan lancar dan yakin.

Melalui pertandingan seperti inilah yang mampu untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang antarabangsa dan merupakan salah satu daripada bahasa terpenting dunia. Selain daripada itu, pertandingn ini juga merupakan salahs atu daripada bukti yang menunjukkan bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu dan sekali gus secara tidak langsung dapat menjadi bahasa penyatuan negara di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana penyertaan dari pelbagai negara dalam pertandingan kali ini dapat mewujudkan hubungan diplomatik yang jitu dan lebih bersifat glokal.

Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu tetap menjadi bahasa ilmu dan bahasa penyatuan dunia kini. Bahasa Melayu tetap menjadi mediaum penghubung dalam masayarakat Malaysai dan seantero dunia. Kita seharusnya memartabatkan kembali nilai keagungan bahasa Melayu di negara ini agar sentiasa releven dan sentiasa realistik dari semasa ke semasa.

BAHASA DIJULANG, BANGSA TERBILANG…