Wednesday, March 2, 2011

SITUASI 7

25 JANUARI 2011

PENGUASAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN RAKYAT ASING DI NEGARA INI

Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada bahasa yang menjadi pertuturan masyarakat di seluruh dunia selain bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan Arab. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai peluang kerja yang banyak berbanding negra-negara lain dunia. Antaranya Indonesia, Bangladesh, India dan lain-lain negara lagi. Hal ini telah menyebabkan Malaysia menjadi negara tumpuan sebagai sebuah negara yang mamapu menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat-rakyat asing yang behijrah ke negara ini.

Saya telah berpeluang untuk berbual dengan beberapa pekerja asing yang bekerja di sekitar Tanjong Malim. Pekerja asing ini terdiri daripada mereka yang berasal dari India dan Sri Lanka. Persoalan yang saya ajukan kepada mereka adalah berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu yang mereka tuturkan serta masa yang diambil untuk menguasai bahasa melayu ini. Pekerja asing yang ditemu bual terdiri daripada merkea yang bekerja sebagai pelayan di restoran dan tukang gunting rambut.

Pekerja yang berasal daripada India dilihat lebih mudah untuk menguasai bahasa Melayu dengan cepat dan lancar. Seorang tukang gunting rambut yang berasal dari India menyatakan bahawa beliau mula fasih bercakap dalam bahasa kebangsaan setelah berbual-bual dengan pelanggannya serta diajar oleh rakan-rakan yang telah lama menetap di sini. Beliau mengambil masa selamadua bulan Selain itu, apabila saya memulakan perbualan menggunakan bahasa Inggeris, beliau lebih lancar menggunakan bahasa Inggeris. Setelah diselidiki, beliau merupakan seorang graduan berkelulusan ijazah pertama dari universiti di India. Hal ini sekali gus menjadikan beliau begitu fasih menggunkan bahasa Inggeris ditambah pula negara India merupakan negara yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara.

Saya juga ada berbual dengan seorang pekerja restoran yang beasal dari Sri Lanka dan Bangladesh. Ada di antara mereka yang masih lagi gagal untuk memahami apa yang diperkatakan oleh pelanggan yang menggunakan bahasa Melayu. Bagi mengatasi masalah ketidakfahaman ini pelanggan cuba menggunakan simbol untuk memberi maksud perkataan yang diujarkan. Senario seperti ini menunjukkan tidak semua rakyat asing mudah untuk menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya. Walaupun mereka tidak begitu fasih pada awalnya, namun, perhubungan sosial yang mereka lakukan telah membantu mereka untuk menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment