Thursday, March 10, 2011

SITUASI 18

STATUS SOSIAL DALAM PERTUTURAN

Salam sejahtera…

Pada topik kali ini saya akan membincangkan satu lagi perkara yang berkait rapat dengan sosio dan bahasa. Pernahkah anda menyedari bahawa interaksi antara kita sering kali dibatasi oleh beberapa aspek yang penting. Antara perkara yang selalu dititikberatkan semasa berinteraksi dengan seseorang adalah dari segi status sosial. Saya mempunyai pengalaman berinteraksi dengan seorang pemandu bas.

Apabila saya berbicara dengan pemandu bas tersebut saya akan memulakan topik perbincangan berdasarkan perkara yang sentiasa dekat dengan pemandu bas tersebut. Oleh hal yang demikian, topik yang menjadi isu adalah berkaitan dengan bas dan jalan raya. Sebagai contohnya, semasa saya berinteraksi dengan pemandu bas, saya membuka isu yang hangat diperkatakan di seluruh negara iaitu kemalangan bas ekspres yang telah meragut banyak nyawa manusia.

Dalam konteks ini, saya memilih isu tersebut kerana pemandu bas sudah pasti akan memberi respons yang positif terhadap isu kemalangan yang saya bawa. Jika sebaliknya berlaku, contohnya saya membawa isu yang berkisar dengan dunia akademik saya sebagai pelajar, sudah pastiu topik tersebut tidak akan mendapat respons yang baik daripada pihak pemandu. Oleh hal yang demikian, jelaslah di sini bahawa isu-isu dalam pertuturan harian kita haruslah berdasrkan status sosial pihak kedua dan tidak boleh memilih isu-isu yang sembarangan kerana pasti akan menjadikan perbualan kita lesu dan pasif.

No comments:

Post a Comment