Friday, March 11, 2011

SITUASI 23

PEJUANG BAHASA TULEN

Salam satu bahasa…

Pada hari ini merupakan kelas Karya Agung yang dikendalikan oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Kelas ini merupakan kelas yang memerlukan kita untuk mengkaji karya-karya agung yang terdapat di negara ini. Kelas kali ini merupakan kelas yang memerlukan setiap kumpulan untuk membentang hasil kajian terhadap karya agung yang dikaji masing-masing. Namun, yang menjadikan kelas ini menarik adalah peranan yang dimainkan oleh Prof. Abdullah Hassan yang tegas dalam membetulkan bahasa anak bangsanya. Hal ini demikian kerana semasa pelajar membentangkan hasil kerja mereka, beliau dengan tegas menegur setiap kali pelajar menggunakan kosa kata yang salah serta mencampuradukkan bahasa dengan bahasa asing seperti ok, yup dan sebagainya.

Berdasarkan situasi ini, jelaslah bahawa pejuang bahasa yang bergelar Prof. Abdullah Hassan ini merupakan pejuang tulen dalam misi memeprtahankan bahasa Melayu dariapda tercemar oleh anak bangsanya sendiri.

No comments:

Post a Comment