Friday, March 11, 2011

SITUASI 22

KETAMPANAN SOSIAL

Salam sejahtera…

Pada diari kali ini saya akan membincangkan berkenaan dengan Ketampanan Sosial yang dikemukakan oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Beliau menyatakan bahawa selain daripada kita memiliki personality luaran yang baik serta sempurna, aspek bahasa juga diambil kira dalam setiap kelakuan manusia. Bahasa yang rendah serta tercemar jelas mnunjukkan keperibadian seseorang itu. Contohnya, apablia seseorang itu emmpunyai gaya serta personaliti luaran yang baik serta cantik, tetapi dari aspek bahasanya, individu tersebut menggunakan bahasa yang rendah martabatnya seperti menggunakan kata-kata kesat serta mencemarkan bahasa Melayu.

Hal ini berkait rapat dengan bahasa Melayu tinggi yang seharusnya dimiliki oleh setiap invidu yang bergelar penutur jati bahasa Melayu. Lambang kepada bahasa yang baik adalah mencerminkan masyarakat yang benar-benar mencintai bahasa dan negara.

BAHASA CERMINAN BANGSA

No comments:

Post a Comment