KESESUAIAN NADA PERTUTURAN
Ini merupakan situasi yang saya ambil semasa saya terlibat dalam aktiviti pengajaran makro yang dijalankan oleh rakan sekelas saya yang menjalankan pengajaran pada hari khamis. Sebagai memberikan sokongan agar sesi pengajaran rakan-rakan saya dapat berlangsung dengan jayanya, saya berusaha untuk memberikan respon yang sesuai dengan keadaan pengajaran yang disampaikan.
Beralih kepada aktiviti yang dijalankan, rakan saya telah menjalankan aktiviti bacaan laras bahasa berita. Kami yang bertinadak sebagai pelajar diminta untuk menghasilkan teks yang menggunakan laras bahasa yang sesuai dan menyampaikannya di hadapan kelas. Saya mewakili ahli kumpulan saya untuk menyampaikan bacaan berta tersebut. Disebabkan tajuk berita yang kumpulan saya nyatakan adalah berkaitan dengan masalah air yang kami hadapi, dengan secara tidak sengajanya nada bacaan saya agak lantang dan kuat. Sehubungan dengan itu, pensyarah saya mengatakan cara bacaan seperti itu tidaklah sesuai. Mungkin atas sebab untuk menyesuaikan suara agar pelajar di belakang dapat mendengarnya, secar tidak sengaja saya seolah-olah seperti beremosi. Oleh itu, dapat saya simpulkan di sini bahawa nada bacaan serta laras bahasa yang digunakan dapat dijadikan aspek dalam menilai emosi seseorang itu.
No comments:
Post a Comment