Wednesday, March 2, 2011

SITUASI 13

CERITA BERANGKAI DALAM PERBUALAN MANUSIA

Pada diskusi kali ini, saya akan membicarakan mengenai cerita berangkai dalam perbualan manusia. Sedar atau tidak perkara ini berlaku dalam diri kita sebagai penutur jati bahasa Melayu. Apakah yang dimaksudkan dalam berangkai? Pada penakrifan saya, cerita berangkai ini adalah merujuk kepada sambungan cerita berdasarkan satu frasa atau kata yang boleh dikembangkan menjadi sebuh cerita. Contoh cerita berangkai adalah seperti dialog di bawah:

Ali : Aku dengar kau pergi ke Selangor semalam.

Abu : Semalam aku terus ke Kuala Lumpur.

Ali : Kuala Lumpur? Engkau pergi KLCC?

Abu : KLCC pergi sekali. Aku membeli belah di sana. Membeli kasut.

Ali : Kasut futsal Ahmad cantik sangat. Kasut baru. Semalam kami berjumpa.

Abu : Semalam aku berjumpa bola futsal yang cantik dan murah harganya.

Berdasarkan dialog di atas, dapat saya katakan bahawa manusia sering bercerita sesuatu yang berangkai. Rangkaian cerita ini berlaku secara tidak sedar. Ayat atau frasa yang terakhir akan disambung oleh penjawabnya. Frasa tersebut juga akan mewujudkan satu topik yang baharu. Contohnya frasa kasut. Apabila Abu memaklumkan kepada Ali bahawa beliau membeli kasut, secara tiba-tiba Abu telah membuka topik mengenai kasut futsal secara tidak diduga.

Oleh hal yang demikian, cerita berangkai ini berlaku dalam keadaan manusia tidak sedar dalam setiap perbualan dan perbincangan mereka.

No comments:

Post a Comment