Wednesday, March 16, 2011

SITUASI 36

ADAKAH SESEORANG ITU AKAN MELUPAKAN BAHASA IBUNDANYA?

Salam Satu Malaysia.

Pada perbincangan kali ini saya akan memberikan pendapat mengenai adakah seseorang itu akan melupakan bahasa ibundanya? Saya terfikir mengenai kenytaan ini. Saya menimbulkan persoalan dalam minda saya dengan menyatakan apabila seseorang tidak bertutur dalam bahasa ibundanya selama bertahun-tahun berbelas-belas tahun atau berpuluh-puluh tahun? Berdasarkan schemata yang ada, sya berpendapat begini:

“Seseorang itu tidak mungkin akan melupakan bahasa ibundanya walaupun tidak menuturkan bahasa ibundanya dalam tempoh yang lama seperti dua atau tiga puluh tahun. Contohnya, sekiranya saya menetap di luar negara selama 20 puluh tahun dan saya tidak pernah menuturkan bahasa Melayu dalam tempoh tersebut, dan apabila saya kembali ke negara Malaysia, saya tetap boleh untuk berkata dalam bahasa ibunda. Hal ini demikian kerana saya telah mula berbahasa Melayu sejak ekcil dan hanya setelah dewasa saya menetap di luar negara. Namun, sekiranya saya telah menetap di luar negara sejak dilahirkan, maka saya mungkin akan melupakan bahasa ibunda saya”.

Itulah pendapat saya. Namun jika anda tidak bersetuju, kemukakan pendapat anda sewajarnya.

No comments:

Post a Comment