Wednesday, March 16, 2011

SITUASI 35

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA YANG SALAH DIGUNAKAN

Salam Satu Malaysia.

Pada diari kali ini saya akn membincangkan satu topik yang agak penting iaitu kesalahan dalam menggunakan kata ganti nama diri kedua iaitu “Dia” dalam pertuturan manusia. Saya sering kali melihat dan mendengar kesalahan yang sering kali digunakan oleh penutur bahasa Melayu apabila menggunakan kata ganti ini. Saya juga sering kali melakukan kesalahan yang sama.

Contoh ayat yang menunjukkan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri ini adalah seperti contoh berikut:

a) “Apabila kita melihat slide ini, dia menunjukkan beebrapa kenyataan

tentang…”.

b) “Komputer riba saya mempunyai skrin yang cantik dan dia berwarna

merah”.

c) “Inferens ini, dia adalah…”.

Berdasarkan contoh di atas, kita dapat emlihat dengan jelas bahawa kata ganti nama diri kedua yang sepatutnya digunakan untuk menggantikan nama diri manusia telah dirujuk kepada benda yang bukan manusia.

Contoh-contoh yang saya buat di atas berkemungkinan bukan contoh yang jelas, tetapi pihak pembaca sekalian bolehlah mula menyedari kesalahan yang dilakukan ini mulai sekarang. Kebiasaan penutur melakukan kesalahan seperti ini berkemungkinan besar akan mencetuskan salah tafsir bagi pihak generasi muda penutur bahasa Melayu kelak.

No comments:

Post a Comment