Wednesday, March 2, 2011

SITUASI 14

FILEM “HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH” MENCETUSKAN FENOMENA DALAM BAHASA MANUSIA

Filem “ Hantu Kak Limah Balik Rumah” arahan Sutradara Mamat Khalid, telah mewujudkan fenomena yang amat hebat dari sudut bahasa. Masyarakat tidak melihat kepada pelakon yang te;ah menjayakan watak-watak dalam filem ini, tetapi yang mencetuskan fenomena dari sudut bahasa adalah dialog-dialog yang dituturkan oleh pelakon-pelakon tersebut. Kini, dialog yang sering menjadi pertuturan masyarakat adalah seperti:

a) Kita bakar sahaja (bahasa standard) / kite bakor je (bahasa filem)

b) Sabar sahajalah (bahasa standard) / Sabor je lah (bahasa filem)

c) Cuba cerita (bahasa standard) / ce cite, ce cite (bahasa filem)

Berdasarkan sudut positif, kita dapat melihat kejayaan filem tempatan ini mendapat perhatian masyarakat di Malaysia. Manakal sudut negatif pula file mini telah menjadikan masyarakat sering kali menggunakan dialog di atas dalam semua situasi sama ada secara formal atau tidak formal. Fenomena ini walaupun memberi kesan jenaka, namun, ia menjadikan masyarakat penutur bahasa Melayu menjadi lebih kurang prihatin terhadap ketinggian bahasa Melayu dalam situasi yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment