Friday, March 11, 2011

SITUASI 24

PERTANYAAN YANG TIDAK DIUNDANG

Salam sejahtera…

Hari ini saya telah ditanya oleh dua orang pelajar asing daripada negara China semasa saya melalui Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Persoalan yang ditanya oleh mereka adalh dengan menunjukkan sekeping kertas yang tertulis “Hal Ehwal Pelajar” . Pada mulanya saya menjangkakan bahawa mereka berdua adalah pelajar tempatan tetapi mereka adalah pelajar asing yang belajar di universiti ini. Namun, persoalan yang ingin saya timbulkan adalah, pelajar asing tersebut telah belajar selama hampit satu tahun di universiti ini, namun masih lagi tidak mampu untuk menguasai bahasa Melayu. Adakah mereka tidak berusaha untuk mempelajari bahasa Melayu atau mereka sudah ditanam dengan rasa cinta terhadap bahasa ibunda mereka? Namun, kita pula terlalu untuk berkejar-kejar untuk memartabatkan bahasa Inggeris dalam pendidikan di universiti. Oleh hal yang demikian, tatkala pelajar asing di Malaysia tidak berusaha untuk mempelajari bahasa kebangsaan kita, adakah kita masih lagi berbangga untuk mengagungkan bahasa asing?

No comments:

Post a Comment