BAHASA MANUSIA DIPENGARUHI PERSEKITARAN
Salam satu Malaysia.
Pada topik perbincangan kali ini saya ingin membincangkan satu lagi topik yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. Bahasa manusia banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Hal ini bermakna setiap apa yang diujarkan oleh manusia yakni dari segi kosa kata dan perbincangannya adalah berkait rapat dengan persekitarannya. Contohnya, saya berpeluang untuk pergi ke pedalaman negeri Sabah pada penghujung semester yang lalu. Semasa berada di sana, saya telah ditempatkan di sbuah sekolah pedalaman yang terdiri daripada pelajar pelbagai etnik seperti Murut, Rungus dan sebagainya.
Namun, yang menjadi isi perbincangan di sini adalah berkaitan dengan kosa kata yang diujarkan oleh murid-murid sekolah tersebut setiap kali berkomunikasi. Semasa saya berbicara dengan seorang murid sekolah tersebut yang berasal dari kaum Rungus, saya telah bertanya mengenai cita-cita murid tersebut. Jawapan yang telah diberi oleh murid tersebut adalah ingin menjadi seorang guru, jururawat, polis dan tentera. Apabila diselidiki melalui perbualan dengan seorang guru mengenai mengapa majority pelajar mempunyai cita-cita yang sama adalah persekitaran mereka hanya dikelilingi oleh jururawat yang berada di klinik kesihatan desa, polis yangs erring meronda, askar yang sering datang ke kampung tersebut serta guru yang mengajar mereka setiap hari. Tidak ada sebarang jawapan yang dikemukakan oleh pelajar seperti ingin menjadi pensyarah, doctor, jurutera dan arkitek. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa murid-murid tersebut hanya dikelilingi oleh guru, jururawat, polis dan tentera sahaja dan mereka tidak terlalu mempunyai pendedahan berkenaan dengan kerjaya-kerjaya yang lain.
Selain itu jua, berkaitan dengan penulisan karangan yang dihsailkan oleh pelajar di sekolah tersebut pula, kebanyakannya tidak mampu untuk menulis karangan dengan menggunakan ayat yang canggih seperti anjakan paradigma, inividualistik dan sebagainya. Persoalan mengenai ketidakmampuan pelajar menghasilkan karangan yang menggunakan kosa kata yang baharu juga dikemukakan kepada guru di sekolah terabit. Jawapan yang diberikan adalah para murid tersebut tidak terlalu terdedah dengan bahan bacaan yang berbentuk ilmiah yang moden dan terkini dek kerana kesukaran mereka untuk mendapatkan bahan bacaan yang bermutu tinggi. Oleh hal yang demikian, melalui perbincangan ini kita dapatlah mengetahui bahawa ada lagi murid sekolah di Malaysia yang masih gagal menguasai kosa kata baharu bahasa Melayu dan masih lagi belum memncapai tahap penguasaan bahasa Melayu tinggi dengan sempurna. Dalam menyelesaikan masalah ini,para guru harus bijak untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu tinggi dalam kalangan pelajar sekolah terutama pelajar sekolah pedalaman.
Bakal-bakal pendidik sekalian, anda harus bersedia.
No comments:
Post a Comment