Friday, March 11, 2011

SITUASI 21

BAHASA MELAYU TINGGI

Salam satu dunia…

Pada diari kali ini saya akan membincangkan satu topik yang hangat diperkatakan dalam bidang bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu tinggi. Ramai tokoh bahasa yang gusar akibat keadaan penutur jati bahas Melayu kini ramai yang tidak mampu untuk bertutur dalam bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu tinggi bukanlah Bahasa Melayu yang memerlukan kita menyebut sesuatu perkataan dengan cara yang baku, tetapi bahasa tinggi adalah bahasa yang memerlukan seseorang itu bertutr dalam bahasa Melayu yang mengikut undang-undang bahasa Melayu yang telah sekian lama ditetapkan.

Kini, ramai pelajar sekolah yang tidak mampu untuk menghasilkan karangan yang berkualiti akibat daripada kehidupan mereka yang terdedah dengan bahasa yang rijak, slaanga dan pasar. Hal ini sekali gus akan memberi kesan terhadap pertuturan harian mereka dan terus memberi kesan yang negatif terhadap karangan yang ingin dihasilkan.

Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu tinggi bukanlah satu wadah untuk menyukarkan seseorang itu berbahasa Melayu, tetapi adalah untuk meningkatkan martabat bahasa Melayu di pentas dunia.

No comments:

Post a Comment