Sunday, March 13, 2011

SITUASI 33

KANAK-KANAK DAN PENGUASAAN BAHASA

Salam sejahtera.

Pada bicara diari kali ini saya ingin membincangkan satu topik yang berkaitan dengan kanak-kanak dan penguasaan bahasa. Pada hari ini (13 Mac 2011), saya telah berpeluang untuk mengunjungi sebuah rumah anak yatim di Bukit Beruntung, Selangor. Sepanjang satu hari saya berada di sana, saya telah melihat pelalbagai gelagat kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak yatim itu sendiri yang berumur sekitar empat tahun sehingga lapan belas tahun. Namun, bicara diari kali ini saya akan membincangan mengenai kanak-kanak yang berumur sekitar empat tahun sehingga 6 tahun sahaja.

Sepanjang seharian saya di sana, pihak ahli jawatankuasa telah melaksanakan satu aktiviti yang berbentuk permainan rangsangan kepada kanak-kanak tersebut. Dalam permainan ini, kanak-kanak dibawa untuk mengingati beberapa perkara seperti pergerakan, tarian dan nyanyian. Namun, yang menjadikan saya terangsang untuk berkongsi dengan saudara pembaca sekalian adalah, kanak-kanak tersbeut tidak memerlukan masa yang lama untuk menghafal pergerakan, nyanyian dan tarian yang dipersembahkan. Melalui demonstrasi kali pertama sahaja sudah memadai untuk memabantu merkea melalkukan segala gerak laku dengan baik dan mudah.

Berdasarkan pemerhatian saya pada kali ini, saya dapat membuat satu perkaitan ilmu anata bahasa dan kanak-kanak. Kanak-kanak dilihat mudah untuk mengingat sesuatu bahasa (seperti nyanyian) dengan cepat. Hal ini boleh merujuk kepada teori bahasa yang menyatakan bahawa sekiranya kita ingin mengajar bahasa kedua kepada kanak-kanak, haruslah bermula seawall usia kanak-kanak kerana pada peringkat ini mereka amat mudah untuk menerima pelabagai perkara baharu seperti bahasa dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment