Thursday, March 10, 2011

SITUASI 17

BAHASA TUA DAN BAHASA MUDA

Salam sosiolinguistik.

Pada diari kali ini, saya akan membawa anda mengenang kembali sebuah petikan dialog secara pantun dari sebuah filem arahan Seniman Tan Sri P. Ramlee iaitu “Damak” iaitu:

“Nenda bicara bahasa tua,

Cucunda bicara bahasa muda,

Bahasa tua penuh sabar di dada,

Bahasa muda jiwa gelora”

Dialog pentun di atas merupakan mempunyai susunan kata-kata yang sungguh kreatif dan indah. Apabila diamati, kita dapat mengetahui mesej yang ingin disampaikan oleh pelakon tersebut. Dalam file mini, dialog pantun ini dituturkan apabila anak muda ini sedang mengasap kerisnya untuk membalas dendam atas kematian abangnya. Sedang beliau mengasap kerisnya, neneknya menegurnya supaya bersabar dan mengucap sebelum mengambil keputusan untuk membalas dendam. Anak muda tersebut terus menuturkan dialog pantun di atas. Maksud pantun dialog ini adalah berkenaan dengan perasaan orang muda adalah cepat marah dan mudah beremosi berbadning orang tua yang lebih banyak bersabar dan rasional dalam tindakannya.

Berdasarkan dialog pantun di atas, kita dapat melihat pemakaian bahasa yang disusun cukup indah dan halus dalam mengatur setiap patah perbiacaraan orang Melayu yang terkenal dengan sikap sopan santunnya di dunia ini.

No comments:

Post a Comment