Thursday, March 10, 2011

SITUASI 15

BAHASA RAHSIA

Salam sejahtera.

Pernahkah anda mendengar bahasa rahsia? Adakah anda mempunyai bahasa rahsia apabila berkomunikasi dengan sahabat anda? Bahasa rahsia sering kali digunakan bagi memastikan maklumat yang ingin dirahsiakan mudah disampaikan dalam bentuk bahasa rahsia. Bahasa rahsia kebiasaanya menggunakan penambahkan perkataan seperti k, m dan n. Contohnya:

1) Kakamuku sukudahkah makanankan?

Maksud: Kamu sudah makan?

2) Akawakkak akapaka kakakhabar?

Maksud: Awak apa khabar?

3) Nakatinki kakamuku bokolehkeh tokolongkong sakayaka mekemaskas rukumahkah?

Maksdu: Nanti kamu boleh tolong saya mengemas rumah?

Berdasarkan coontoh ayat di atas, bahasa rahsia yang digunakan adalah menggunakan pertambahan huruf k bagi setiap perkataan. Penggunaan ini sudah pasti mampu menyukarkan pihak lain menerima segala maklumat yang ingin disampaikan secara rahsia.

No comments:

Post a Comment