Sunday, March 13, 2011

SITUASI 34

PIDATO BAHASA MELAYU ANTARABANGSA

MENGANGKAT MARTABAT BAHASA MELAYU

Salam Satu Malaysia.

Pada bicara diari kali ini, saya akan membincangkan satu topik iaitu Pertandingan Pidato Bahasa Melyu Peringkat Antarabangsa yang baru sahaja menutup tirainya. Melalui pertandingan kali ini, kita dapat menyaksikan hampir 56 buah negara di dunia telah mempamerkan kehebatan masing-masing dalam menuturkan hujah-hujah yang bernas dengan menggunakan bahasa Melayu dengan lancar dan yakin.

Melalui pertandingan seperti inilah yang mampu untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang antarabangsa dan merupakan salah satu daripada bahasa terpenting dunia. Selain daripada itu, pertandingn ini juga merupakan salahs atu daripada bukti yang menunjukkan bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu dan sekali gus secara tidak langsung dapat menjadi bahasa penyatuan negara di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana penyertaan dari pelbagai negara dalam pertandingan kali ini dapat mewujudkan hubungan diplomatik yang jitu dan lebih bersifat glokal.

Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu tetap menjadi bahasa ilmu dan bahasa penyatuan dunia kini. Bahasa Melayu tetap menjadi mediaum penghubung dalam masayarakat Malaysai dan seantero dunia. Kita seharusnya memartabatkan kembali nilai keagungan bahasa Melayu di negara ini agar sentiasa releven dan sentiasa realistik dari semasa ke semasa.

BAHASA DIJULANG, BANGSA TERBILANG…

No comments:

Post a Comment