KEPENTINGAN DAN KESERONOKAN MEMPELAJARI SOSIOLINGUISTIK
Salam Bahasa Jiwa Bangsa.
Pada topik kali ini saya akan menyatakan beberapa kepentingan dan keseronokan saya mempelajari sosiolinguistik. Sosiolinguistik merupakan salah satu daripada cabang linguistik. Sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dalam kalangan masyarakat penuturnya. Walaupun pelajaran ini merupakan perkara yang baharu dalam kehidupan akademik saya, namun, subjek ini merupakan salah satu subejk yang mengajar saya menjadi pemerhati dan pendengar yang baik terhadap bahasa Melayu secara umumnya.
Hal ini demikian kerana sosiolinguistiklah yang telah membantu saya dalam emlihat gelagat masyarakat menggunakan bahasa dan bagaimana bahasa itu digunakan dalam konteks sesebuah masyarakat seperti dialek dan sebagainya. Perkara inilah yang sebenarnya keseronokan dalam bidang linguistik. Sosiolinguistik juga telah membantu saya dalam mengenali bahasa Melayu dengan lebih dekat. Hal ini sekali gus menerapkan semangat cinta akan bahasa ibunda yang berdaulat ini.
Oleh hal yangd emikian, sepanjang pembelajaran sosiolinguistik ini berlangsung, saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengajaran dalam mengenali keunikan dan keistimewaan bahasa Melayu dengan melihat bahasa ini dari pelbagai sudut yang adakalanya tidak dapat digapai oleh akal manusai biasa. Keistimewaan inliah yang harus diangkat menjadi pentas dalam memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa sebagai bahasa penting dunia suatu hari kelak.
Penerapan ilmu sosiolinguistik harus dilakukan terhadap masyarakat bahasa yang menuturkan bahasa setiap saat dan ketika agar kecintaan terhadap bahasa dapat kita terapkan dalam prose mengangkat martabat bahasa Melayu.
BAHASA CERMINAN BUDAYA
No comments:
Post a Comment